Friday, April 18, 2014

Sulaiman Abdul Aziz Al Rajhi : Usahawan Teladan



  • Latar Belakang




                                                   #Sulaiman Abdul Aziz Ar Rajhi




       Sheikh Sulaiman bin Abdul-Aziz Al-Rajhi dilahirkan pada tahun 1920 dan membesar di gurun Nejd sekaligus menjadi tempat permulaan beliau bersama abangnya memulakan perniagaan pertukaran wang untuk jemaah haji yang menaiki kereta unta melalui gurun ke Mekah dan Madinah. Beliau giat berniaga semenjak kanak-kanak lagi, bekerja sebagai kuli dan penjual kayu bakar seakan-akan membakar semangat beliau untuk mengharungi dugaan yang melanda. Berkat usaha gigih dan tawakal kepada Allah SWT, Sulaiman Ar-Rajhi merupakan individu yang memegang saham terbesar dalam bank Ar-Rajhi yang dikhabarkan menjadi bank yang paling banyak memperoleh keuntungan operasi diantara kumpulan bank yang ada di Saudi Arabia. Bersama abang beliau, Saleh menubuhkan bank Ar-Rajhi. Ar Rajhi telah menerajui kepimpinan bank Ar Rajhi sehingga menjadi syarikat perbankan Islam terbesar di Saudi Arabia dan diperingkat antarabangsa. Sehingga tahun 2011, beliau menduduki carta ke-120 orang terkaya didunia dengan kekayaan $ 7.7 bilion.

      Perniagaan Ar-Rajhi semakin berkembang apabila tanah Arab kedatangan pekerja asing dalam jumlah yang banyak semasa tahun 1970 yang juga dikenali sebagai Saudi Arabia Oil Boom. Ar-Rajhi menyediakan perkhidmatan penghantaran wang kepada pekerja asing daripada Indonesia dan Pakistan. Bank Ar-Rajhi mendapatkan anugerah sebagai bank yang pertama mengharamkan sistem riba. Namun pada tahun 2012, Sulaiman Ar-Rajhi memilih untuk hidup dalam keadaan miskin. Keadaan tersebut bermula apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimilikinya kepada anak-anak beliau dan memindahkan aset-aset yang tersisa. Bagi menghargai jasa beliau dalam dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam. Walaupun begitu, beliau tidak menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliknya. Beliau juga sentiasa berpakaian sederhana dengan mengenakan jubah putih.

  
  • Permulaan yang Penuh Perjuangan

     Segalanya bermula dengan perniagaan pertukaran wanng dan belum terdapat bank Islam sekitar 30 tahun lepas. Peluang tersebut mendorong Ar Rajhi untuk berjumpa terus dengan pengurus Bank of England dan pelbagai bank pusat bagi mengembangkan idea bank Islam. Ar rajhi berusaha meyakinkan mereka tentang pengurusan bank Islam yang halal mengharamkan riba dapat mengukuhkan lagi ekonomi negara. Akhirnya, beliau berjaya membawa idea tersebut kembali ke Arab Saudi dengan sokongan mufti besar, Syeikh Abdul Aziz bin Baz.

                                                          #Syeikh Abdul Aziz bin Baz.

  • Keperibadian Mulia

     

     Ar Rajhi merupakan usahawan yang dermawan dan memiliki yayasan amal yang menyalurkan dana sumbangan ke pelbagai negara. Dikatakan juga terlalu sukar untuk menghitung wakaf dan jumlah masjid yang dibangunkan kerana sumbangan beliau terdapat dalam pelbagai bentuk. Antara masjid yang didirikan oleh beliau adalah masjid di Rabwah yang mampu menampung 18 ribu jemaah sekaligus lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti auditorium, pusat pemandian dan pengurusan jenazah terbesar di Riyadh. Walaupun kekayaan beliau mencecah angka bilion dolar, Ar-Rajhi tidak meletakkan harta yang pertama dalam hatinya,sebagi seorang philanthropy telah membahagikan hartanya yang bernilai 6.7 trilion kepada keluarga kerabat dan ahli warisnya serta fakir miskin. Lebih mengejutkan apabila Ar Rajhi hanya memiliki pakaian yang dipakainya sebagai sisa harta yang tertinggal. Segala aset dan bisnes beliau diuruskan oleh golongan profesional dan hasil yang diperoleh digunakan untuk perkembangan dakwah Islam. Jiran yang tinggal berdekatan dengan kediaman beliau juga turut kagum apabila Ar Rajhi sentiasa solat berjamaah di masjid dan antara jemaah yang datang awal. 


                                                       #Masjid Ar Rajhi, Riyadh.


   Ar Rajhi juga usahawan yang patut dijadikan teladan, penganalisis masalah yang tidak hanya mengkritik tetapi juga berusaha mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Antaranya beliau telah menyedari pada zamannya dulu idak wujud bank Islam, beliau berusaha gigih untuk menubuhkan bank Islam yang pertama. Selain itu, beliau juga amat menitikberatkan hukum Islam dalam kehidupan seharian, contohnya apabila beliau melihat proses penyembelihan yang tidak sempurnya, beliau menubuhkan Al Watania Poultry bagi menguruskan haiwan sembelihan untuk diproses secara sempurna dari sudut Islami dan kesihatan. Selain itu, Al Watania juga mempunyai cawangan dalam bidang pertanian, Al Watania Agricultural yang berfungsi menguruskan tanaman sayur-sayuran secara organik supaya peguna bebas daripada bahan kimia berbahaya.



Wednesday, April 16, 2014

Robert Kiyosaki ; Antara Dua Ayah

  • Latar Belakang Keluarga Pendidik

 

Robert Kiyosaki lahir pada 8 April 1947 dan membesar di Hawaii. Beliau berasal daripada keluarga pendidik yang terkenal. Ayah Robert merupakan pengarah pendidikan Negara bagi kawasan Hawaii, Ralph H. Kiyosaki. Setelah tamat sekolah menengah dari Hilo High School, beliau melanjutkan pelajaran di US Marine Academy di New York dan lulus pada tahun 1969. Selanjutnya, Robert bertugas sebagai pilot helikopter tempur semasa perang Vietnam sehingga beliau memperoleh anugerah medal angkatan udara. 

Pada tahun 1974, Robert telah membuat keputusan yang memeranjatkan ayahnya dengan keluar dari angkatan udara, dengan gaji yang begitu lumayan serta cuti tahunan dan bonus melebihi daripada apa yang dijangkakan ayahnya, Ralph Kiyosaki berasa terkilan. Walaubagaimana pun, pilihan yang dibuat oleh Robert merupakan titik permulaan beliau dalam bidang perniagaan.

  • Titik Perubahan

#Robert & Kim Kiyosaki


1974, Robert telah bekerja sebagi jurujual mesin fotostat yang dikelaurakan oleh Xerox Company. Pada tahun 1977, Robert memulakan perniagaan dengan menjual beg dompet yang diperbuat daripada nilon dan velkro yang pertama kali diperkenalkan dalam pasaran. Pada awalnya dompet nilon velkro ini mendapat sambutan amat memberangsangkan sehingga mendapat perhatian disudut majalah Runner’s World, Gentemen Quaterly, Success Magazine, Newsweek dan Playboy. Namun, perniagaan yang ditubuhkan oleh Robert ini telah muflis.

  • Bangun Daripada Kegagalan

Sebelum mecapai kejayaan, Robert dan isterinya Kim hidup dalam keadaan yang sangat miskin. Mereka tidak mempunyai tempat tinggal, wang simpanan yang begitu sedikit, pekerjaan yang dilakukan juga tidak dapat memenuhi keperluan hidup memnyebabkan mereka tinggal didalam sebuah kereta Toyota berwarna coklat yang usang. Walaupun pada masa itu terdapat pekerjaan sebagai pegawai dengan gaji yang lumayan serta lebih terjamin, Robert dan Kim tidak tertarik dengan semua itu melainkan mereka tetap bekerja dengan upah beberapa dolar setiap hari untuk meneruskan kehidupan yang berada diambang kehancuran.
  

Robert dan Kim mempunyai latar pendidikan yang begitu baik daripada perguruan tinggi, dengan keterampilan kerja yang bagus serta etika yang kuat amatlah mudah bagi mereka untuk memperoleh pekerjaan sebagai pegawai kerajaan. 1989 merupakan tahun yang telah membawa mereka bertukar status mejadi juatawan, meskipun dari pandangan kaca mata orang lain mereka telah mencapai kejayaan yang begitu besar, namun mereka masih belum puas atas apa yang mereka telah perolehi, iaitu memperoleh kebabasan secara finansial. Akhirnya masa telah menjawab segala usaha yang telah mereka lakukan selama ini, pada tahun 1997 Robert dan isterinya, Kim telah mencapai kebebasan finansial.



Pada awal tahun 80-an, Robert memulakan perniagaan T-Shirt untuk band Heavy Metal secara berlesen, dan sekitar tahun 1996-1997 beliau menubuhkan Cashflow Technologies Inc dan nama beliau turut memuncak naik dalam dunia perniagaan melalui buku yang Rich Dad Poor Dad.


  • Sudut Pemikiran Melalui Cashflow Quadrant.

          Robert Kiyosaki sering menekankan konsep “celik kewangan” sebagai alat untuk memperoleh kekayaan. Beliau berpendapat bahawa soft skill dapat diperoleh melalui pengalaman dan pengajaran tersebut sememangnya tidak diajarkan semasa bangku sekolah.Cashflow Quadrant bertujuan memberikan gambaran tentang cara bagaimana semua wang dapat diperoleh melalui sumber-sumber yang telah dikenalpasti.  Terdapat empat bahagian padaCashflow Quadrant, iaitu :


  •  E : Employee atau tenaga kerja yang bekerja untuk orang lain.
  • S : Self-employed atau tenaga kerja professional seperti peguam, dokter, arkitek. Dapat disimpulkan bahawa “S” mempunayai kepakaran setara atau lebih tinggi daripada “E”.
  • B : Business Owner merupakan pemilik perniagaan besar atau memimpin sesebuah perniagaan. Melalui “B”, mereka memiliki sistem untuk menghasilkan wang, bukan bekerja untuk memperoleh wang.
  • I : Investor : Melaburkan wang pada sesebuah bidang yang dapat menghasilkan pendapatan yang besar.
  

Melalui Cashflow, terdapat aliran tunai yang dibahagiakan kepada tiga golongan, iaitu miskin, pertengahan, dan kaya.




  1.  Cashflow golongan bawahan (miskin)
 2. Cashflow Golongan Pertengahan

3. Cashflow Golongan Atasan (Kaya)



  • Permainan Cashflow

     

  •  Penulis yang Hebat


          Rich Dad Poor Dad antara buku Best Seller yang ditulis oleh Robert Kiyosaki sehingga telah dicetak lebih daripada 14 kali sejak cetakan pertamanya. Buku yang mengupas masalah kewangan yang dihadapi kebanyakan orang disebabkan mereka keliru tentang pengurusan kewangan yang dialami oleh beliau semasa kecil sehingga remaja. Ayah miskin yang dimaksudkan oleh Robert sebenarnya adalah ayah kandungnya sendiri dan ayah kaya merupakan ayah kepada kawannya, Mike. Ayah kandung Robert menekankan pendidikan kepadanya kerana beliau berpendapat dengan markah dan gred yang baik akan memberikan jaminan pekerjaan apabila Robert telah dewasa kelak.



     Boleh dikatakan, ayah kandung Robert mahukan Robert memperoleh pekerjaan sebagai seorang pegawai dengan gaji yang tinggi namun bergantung seumur hidup kepada satu pendapatan utama sahaja, melalui gaji yang diperoleh. Sungguh berbeza dengan ayah yang kaya tetapi tidak mempunyai latar pendidikan yang tinggi namun mengajarkan anak-anaknya untuk mengambil risiko dalam menubuhkan sesebuah periagaan dan menjadi pelabur apabila mereka telah tamat sekolah kelak. Kedua-dua ayah Robert telah memberikan pengajaran yang penting dalam hidupnya dalam membuat perbandingan dalam menempuh kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan. Robert berjaya secara finansial kerana ayah yang kaya dan kerana ayah kandungnya yang bekerja sebagai pendidik, Robert telah menjadi pengajar kepada semua orang tentang pendidikan ekonomi yang dihasilkan melalui ideanya sendiri. Buku Rich Dad Poor Dad telah diterjemahkan kedalam 35 bahasa.

     

     Selain Rich Dad Poor Dad, terdapat buku Best Seller yang ditulis oleh Robert Kiyosaki sendiri. Antaranya : 



  • Cashflow Quadrant: Rich Dad's Guide to Financial Freedom (2000)

  • Rich Dad's Guide to Investing: What the Rich Invest in, That the Poor and the Middle Class Do Not! (2000)

  • Rich Kid, Smart Kid (2001)

  • Rich Dad's Prophecy (2002)

  • If You Want to be Rich & Happy, Don't go to School (1992)

  • The Business School for People Who Like Helping People (2001).

Tuesday, March 11, 2014

Steve Jobs : Idea diluar batasan.

  • Latar Belakang

     

     

         Steven Paul Jobs atau lebih dikenali sebagai Steve Jobs ini lahir di San Francisco California, Amerika Syarikat pada 24 Februari 1955. Merupakan perantis dan mantan CEO Apple Inc. Beliau juga merupakan pegawai eksekutif Pixar Studios. 



    #Steven Paul Jobs

        Steve Jobs merupakan anak angkat kepada pasangan Paul dan Clara Jobs. Ayah kandung Steve Jobs adalah Abdulfattah Jandali, berkebangsaan Republik Arab Suriah dan ibunya Joanne Simpson, seorang  warganegara Amerika Serikat. 

        Steve Jobs ke India untuk mengunjungi Neem Karoli Baba di Kainchi Ashram-nya bersama seorang teman dari Reed College (yang kelak menjadi karyawan Apple pertama),Daniel Kottke, untuk mencari kebenaran spiritual spiritual. Ia pulang dalam keadaan menganut agama Buddha dengan kepala tercukur dan mengenakan pakaian tradisional India.

        Jobs kembali ke pekerjaan sebelumnya di Atari dan diberikan tugas menciptakanmotherboard untuk permainan Breakout. Menurut pendiri Atari Nolan Bushnell, Atari menawarkan $100 untuk setiap chip yang dihapuskan di mesin ini. Jobs punya sedikit ketertarikan atau pengetahuan dalam rekabentuk papan sirkuit dan membuat persetujuan dengan Wozniak untuk membagi bonusnya sama rata jika Wozniak mampu meminimalkan jumlah chip. Atari sangat terkejut karena Wozniak mengurangi jumlah chip sebanyak 50 buah, sebuah desain yang sangat ketat sampai-sampai mustahil untuk menciptakannya kembali di jalur perakitan. Pada waktu itu, Jobs memberitahu Wozniak bahwa Atari hanya memberi mereka $700 (bukannya $5000) dan Wozniak pun mendapat bagian $350.

Thursday, September 19, 2013

HILANGNYA SEORANG TOKOH





Nama :Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin
Lahir : Pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Pekerjaan : CEO Naza Group
Pasangan Hidup : Puan Sri Zaleha IsmaiBilangan
Cahaya Mata: 11 Orang
Tarikh Meninggal Dunia: 2 Mei 2008 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat

    Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin dilahirkan pada tahun 1955. Beliau sentiasa berminatterhadap kereta dan industri automobil. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah RendahTunku Munawir dari tahun 1961 sehingga tahun 1966. Beliau juga mendapat pendidikan diSekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
    Pada tahun 1974, ketika itu beliau berusia 19 tahun telah menyimpan RM 80,000 dalam akaun bank hasil daripada gaji yang diperolehinya sebagai pembantu bapa beliau yang bekerjasebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan PermitImport (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil keuntungan bernilaisejuta ringgit dalam masa setahun.Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin merupakan salah seorang ahli perniagaan dan usahawanMelayu berjaya di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yangditubuhkan pada tahun 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, perhotelan, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat - alatmesin, pembuatan, agensi insuran dan sebagainya.Pada tahun tersebut, Tan Sri SM Nasaruddin telah menonjolkan perniagaanya apabila beliaumemutuskan untuk mengimport kereta - kereta Jepun dimana pada ketika itu kereta buatan Jepunadalah popular dikalangan rakyat Malaysia.Beliau terpaksa menghadapi beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapatkan keyakinan pelanggan - pelanggan untuk membeli kereta - kereta terpakai apabilaramai diantara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta - kereta asing. Akan tetapi keghairahannya dan kepercayaan dalam perniagaan itu membuatkannya terus berusaha menuju kejayaan.

Melihat Dan Merebut Peluang
Sikap usaha dalam melihat dan merebut peluang yang telah Tan Sri Nasaruddin lakukandapat dilihat apabila beliau membeli 20 AP ( Permit Import ) lalu ke Jepun, dimana beliaumenghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual kesemuanya dalam masa tiga bulan. Beliau memulakan perniagaan automobildalam sebuah kedai di Taman Maluri dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan lagi perniagaan peruncitan beliau dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan. Melalui pengalamannya ini, beliau memperoleh kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud dan berkemampuan didalam memperluaskan pasaran. Kompentensi inimemberikan faktor penting dalam kejayaan dan daya tahan sesuatu perniagaan dan melanjutkanhayat perniagaan yang berpanjangan.

 Yakin Terhadap Keupayaan Diri
   Tan Sri Nasaruddin merupakan seorang yang mempunyai sikap yakin diri yangmerupakan faktor penting dalam diri seseorang usahawan. Hal ini dapat ditonjolkan melaluiminat beliau untuk membeli 40 % kepentingan dan mengambil alih perusahaan keretakebangsaan Malaysia, PROTON yang dilaporkan menghadapi kemelut kewangan. Beliau berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkan Proton jikakerajaan Malaysia membenarkannya membeli kepentingan pengawalan syarikat tersebut. Sikapini dapat dilihat apabila seseorang usahawan itu tidak takut mencuba sebarang risiko yang bakaldihadapi. Dengan banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang - bidang yang dikhususkan merupakan salah satu kaedah mempertingkatkan keyakinan diri.Mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mencapai sesuatu yangdihajati dengan melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikan sesuatuatau menyahut sesuatu cabaran.

Kecekalan
   Sikap kecekalan dan tabah yang terdapat di dalam diri Tan Sri Nasaruddin telahmenjadikan syarikatnya mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri - industriseperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti jentera, perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang telah diwujudkan oleh beliau. Rasa tidak jemu di dalam mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpamengalah dan sikap sentiasa berusaha untuk mengatasi sebarang masalah yang boleh menyekat pencapaian matlamat dapat membuahkan hasil kejayaan Tan Sri Nasaruddin.

Mencari Maklumat Atau Penyelidikan
Bermula dengan hanya menjual kereta import terpakai dari Jepun, beliau kemudian bekerjasama dengan syarikat asing dan akhirnya menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri merupakan salah satu contoh daripada ciri-ciri usahawan yang telah beliaugunakan daripada mencari maklumat atau penyelidikan. Dengan cara tinjauan yang dilakukanini dapat meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yangditerajui. Selain itu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya beliau telah menggunakankajian pasaran dan membuat analisis bagi pasaran.

Ketegasan
   Sikap ketegasan beliau dapat dilihat melalui tindak tanduk beliau didalam menyuarakan pendapat atau idea kepada orang secara langsung dan berani bertindak walaupun terpaksamenghadapi tentangan dari pihak lain. Dimana beliau pernah terlibat dalam kontroversi permitimport pada tahun 2005, apabila bergelar "Raja AP". Terdapat dakwaan bahawa beliau dan tigaorang usahawan terpenting yang lain sedang memonopoli penghasilan permit import yangdikeluarkan kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta. Pihak kerajaandidakwa mengeluarkan berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan kepada beliausecara percuma setiap tahun yang dijual dengan harga AS$8,500 setiap satu. Kontroversi inidihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO. Sifat ketegasan beliau menghadapikontroversi menyuarakan pendapat telah membawa kata sepakat dimana, kabinet Malaysiamenghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru.

Meyakinkan Orang Lain
   Seseorang individu yang bergelar seorang usahawan perlulah berkebolehan meyakinkan orang lain dengan mampu menonjolkan diri untuk memberi keyakinan kepada pelanggan untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang diniagakan. Mampu menonjolkan diri dan lain- lainkualiti pelulah ada dalam diri seorang yang bergelar usahawan dan seseorang itu perlulah berilmu dan berpengalaman. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkanTan Sri Nasaruddin sebagai satu contoh kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dimana beliaumempunyai pendekatan yang luar biasa bagi mengembangkan perniagaan dengan bermuladengan menjual kereta import terpakai dari Jepun, kemudian bekerjasama dengan syarikat asing untuk menghasilkan dan menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri. "Diamembuktikan bahawa DEB mampu menjayakan bumiputra kalau mereka menggunakan peluang itu dengan cara yang baik. Kalau semua yang dapat kemudahan yang sama seperti beliau berbuatdemikian hari ini, kita mungkin mencapai lebih daripada matlamat DEB itu sendiri," kata Dr.Mahathir.

PERKEMBANGAN DAN SUMBANGAN
   Kumpulan Naza kini mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri - industriseperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti jentera, perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang telah diwujudkan oleh beliau. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk kenderaanMazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes - Benz yangterbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas kelab bola sepak Kuala Muda Naza FC yang bertapak di Kuala Muda, Kedah dan turut memiliki TTDI Development yang merupakan salah sebuah syarikat hartanah terpenting di Kuala Lumpur.Tan Sri Nasaruddin dilaporkan berminat untuk membeli 40 % kepentingan dan mengambilalih perusahaan kereta kebangsaan Malaysia, PROTON, yang dilaporkan menghadapi kemelutkewangan. Beliau berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkanProton jika kerajaan Malaysia membenarkannya agar membeli kepentingan pengawalan syarikattersebut. Beliau juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai RM1.2 bilion diBertam, Pulau Pinang. Pada April 2008, beliau memasuki perniagaan makanan denganmelancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di Malaysia

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN

Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Nasaruddin dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuklah anugerah Panglima Setia Mahkota ( P.S.M. ) olehDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri. Nasaruddin. Selain itu, beliau juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden KoreaSelatan, dari Son Sang – Ha, Duta Negara te rsebut yang datang ke Malaysia bagi pihak PresidenKorea Selatan. Anugerah tersebut diberikan kerana sumbangan beliau kepada industri automotif.Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah negara tersebut.

Monday, September 16, 2013


Usahawan Perbankan Elektronik (AmBank)
Tan Sri Azman Hashim adalah Pengerusi Kumpulan AmBank.






Latar Belakang
Tan Sri Azman Hashim dilahirkan pada Julai 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau adalah anak kepada seorang guru. Beliau adalah akauntan berkanun yang terlatih. Beliau memulakan kerjayanya sebagai akauntan berkanun pada tahun 1955 di Messrs. OL Haines & Co. Australia.

Kerjaya dalam bidang perbankan
Beliau berpengalaman luas dalam industri perbankan dan mula terlibat dalam sektor perbankan sejak 1960 apabila beliau kembali dari Australia sebagai akauntan berkanun. Tan Sri Azman memulakan kerjayanya dalam sektor perbankan di Bank Negara Malaysia.

Selepas beberapa tahun bekerja di Bank Negara Malaysia, Tan Sri Azman meletakkan jawatan pada tahun 1964 bagi memulakan firma perakaunannya sendiri, iaitu Azman, Wong, Salleh & Co. Dua tahun kemudian, beliau menjadi Pengarah Malayan Banking Berhad (Maybank) dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1971 hingga 1980.

Seterusnya, Tan Sri Azman dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank yang kini dikenali sebagai RHB Bank Berhad selama dua tahun, dari tahun 1980 hingga 1982. Pada tahun 1982, beliau membeli Arab - Malaysian Merchant Bank yang kini dikenali sebagai AmBank dari usahawan Arab, iaitu Hussain Najadi. Hussain mengasaskan bank itu pada tahun 1975 bagi membawa masuk pelaburan dari negara - negara Arab ke Malaysia. Selepas pembelian itu, Tan Sri Azman dilantik sebagai pengerusinya.

Kepentingan dalam syarikat lain
Selain memegang 42% kepentingan dalam syarikat induk Kumpulan AmBank, iaitu Arab - Malaysian Corporation Berhad (AMC), beliau juga mengawal beberapa syarikat seperti AMMB Holding Berhad (AHB), Arab - Malaysian Finance Berhad yang kini dikenali sebagai AmFinance, Arab Malaysian Development Berhad, Saouth Peninsular Industries Berhad, Redifussion Berhad, Hotel Equatorial dengan 30% kepentingan, dan anak syarikat Johnson & Johnson di Malaysia dengan 30% kepentingan.

Kejayaan
Banyak bank yang terjejas akibat krisis itu. Tetapi, lain pula dengan Tan Sri Azman. Selepas krisis ekonomi asia 1997 / 98, Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya mengekalkan kedudukannya dalam Kumpulan Perbankan AmBank, malah berjaya menambahkan lagi penguasaannya dalam industri perbankan dengan penggabungan MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan AmBank, iaitu Arab - Malaysian Finance Berhad.
Pengiktirafan
Tan Sri Azman pernah dan sedang memegang banyak jawatan lain. Anataranya adalah Ahli Lembaga Pengarah Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Pengerusi Persatuan Bank Saudagar di Malaysia, Pengerusi Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS) dan Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional dan banyak lagi.

Anugerah
Tan Sri Azman pernah menerima banyak anugerah. Antaranya ialah anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990. Pada tahun 1985, Tan Sri Azman dinamakan sebagai Pengurus Bank Terbaik Asia oleh majalah Asian Finance.

Pada tahun 1993, beliau dinamakan sebagai Usahawan ASEAN Tahun 1993 oleh Forum Perniagaan ASEAN. Pada tahun 1995 pula, beliau dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahun 1995 oleh Kelab Alumni Harvard Business School.


Sumbangan
Sebagai Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional, Tan Sri Azman memainkan peranan penting dalam menggalakkan produktiviti di Malaysia dan menjadikannya sebagai salah satu komponen yang relevan dan penting dalam proses pembangunan negara.

Kejayaan membangunkan produktivtii ini dicapai melalui keyakinannya bahawa produktiviti perlu dirangka sehingga dapat diuruskan dan diukur. Dibawah kepimpinan belaiu, Perbadanan Produktiviti Nasional berjaya membangunkan metodologi pengukuran produktiviti di peringkart kebangsaan dan subsektor.

Sejak tahun 1994, Perbadanan Produktiviti Nasional menerbitkan laporan tahunan produktiviti yang menganalisis prestasi produktiviti di peringkat kebangsaan, dan subsektor. Laporan tahunan itu dapat diakses melalui Pangkalan data Rangkaian Tanda Aras Dalam Talian (BOND), iaitu pangkalan data amalan terbaik dan petunjuk prestasi cemerlang. Melalui Perbadanan Produktiviti Nasional juga, Tan Sri Azman banyak menyumbang kepada pergerakkan produktiviti di rantau Asia dan Pasifik.


KEJAYAAN SEORANG INSAN

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED
              









     

·       

            Umur – 53 tahun
·         Pendidikan – SPM
·         Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
·         Kekayaan -RM1,425 juta
·         Ke 7 terkaya di Malaysia
·         Ke 32 terkaya di Asia


Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951 Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga
Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya
Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.


Pendidikan 

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi
Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira
Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual
Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan
Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya
Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras
Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.


Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan
Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus
Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn
Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan
Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn
Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn
Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China
Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.


Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian
Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile
Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak
Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah
Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas


Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn
Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

 Kepentingan 

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan
Manakala 187 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

 Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan
Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004 Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta
Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7
75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan


Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah
Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1
67 bilion.