Friday, April 18, 2014

Sulaiman Abdul Aziz Al Rajhi : Usahawan Teladan



  • Latar Belakang




                                                   #Sulaiman Abdul Aziz Ar Rajhi




       Sheikh Sulaiman bin Abdul-Aziz Al-Rajhi dilahirkan pada tahun 1920 dan membesar di gurun Nejd sekaligus menjadi tempat permulaan beliau bersama abangnya memulakan perniagaan pertukaran wang untuk jemaah haji yang menaiki kereta unta melalui gurun ke Mekah dan Madinah. Beliau giat berniaga semenjak kanak-kanak lagi, bekerja sebagai kuli dan penjual kayu bakar seakan-akan membakar semangat beliau untuk mengharungi dugaan yang melanda. Berkat usaha gigih dan tawakal kepada Allah SWT, Sulaiman Ar-Rajhi merupakan individu yang memegang saham terbesar dalam bank Ar-Rajhi yang dikhabarkan menjadi bank yang paling banyak memperoleh keuntungan operasi diantara kumpulan bank yang ada di Saudi Arabia. Bersama abang beliau, Saleh menubuhkan bank Ar-Rajhi. Ar Rajhi telah menerajui kepimpinan bank Ar Rajhi sehingga menjadi syarikat perbankan Islam terbesar di Saudi Arabia dan diperingkat antarabangsa. Sehingga tahun 2011, beliau menduduki carta ke-120 orang terkaya didunia dengan kekayaan $ 7.7 bilion.

      Perniagaan Ar-Rajhi semakin berkembang apabila tanah Arab kedatangan pekerja asing dalam jumlah yang banyak semasa tahun 1970 yang juga dikenali sebagai Saudi Arabia Oil Boom. Ar-Rajhi menyediakan perkhidmatan penghantaran wang kepada pekerja asing daripada Indonesia dan Pakistan. Bank Ar-Rajhi mendapatkan anugerah sebagai bank yang pertama mengharamkan sistem riba. Namun pada tahun 2012, Sulaiman Ar-Rajhi memilih untuk hidup dalam keadaan miskin. Keadaan tersebut bermula apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimilikinya kepada anak-anak beliau dan memindahkan aset-aset yang tersisa. Bagi menghargai jasa beliau dalam dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam. Walaupun begitu, beliau tidak menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliknya. Beliau juga sentiasa berpakaian sederhana dengan mengenakan jubah putih.

  
  • Permulaan yang Penuh Perjuangan

     Segalanya bermula dengan perniagaan pertukaran wanng dan belum terdapat bank Islam sekitar 30 tahun lepas. Peluang tersebut mendorong Ar Rajhi untuk berjumpa terus dengan pengurus Bank of England dan pelbagai bank pusat bagi mengembangkan idea bank Islam. Ar rajhi berusaha meyakinkan mereka tentang pengurusan bank Islam yang halal mengharamkan riba dapat mengukuhkan lagi ekonomi negara. Akhirnya, beliau berjaya membawa idea tersebut kembali ke Arab Saudi dengan sokongan mufti besar, Syeikh Abdul Aziz bin Baz.

                                                          #Syeikh Abdul Aziz bin Baz.

  • Keperibadian Mulia

     

     Ar Rajhi merupakan usahawan yang dermawan dan memiliki yayasan amal yang menyalurkan dana sumbangan ke pelbagai negara. Dikatakan juga terlalu sukar untuk menghitung wakaf dan jumlah masjid yang dibangunkan kerana sumbangan beliau terdapat dalam pelbagai bentuk. Antara masjid yang didirikan oleh beliau adalah masjid di Rabwah yang mampu menampung 18 ribu jemaah sekaligus lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti auditorium, pusat pemandian dan pengurusan jenazah terbesar di Riyadh. Walaupun kekayaan beliau mencecah angka bilion dolar, Ar-Rajhi tidak meletakkan harta yang pertama dalam hatinya,sebagi seorang philanthropy telah membahagikan hartanya yang bernilai 6.7 trilion kepada keluarga kerabat dan ahli warisnya serta fakir miskin. Lebih mengejutkan apabila Ar Rajhi hanya memiliki pakaian yang dipakainya sebagai sisa harta yang tertinggal. Segala aset dan bisnes beliau diuruskan oleh golongan profesional dan hasil yang diperoleh digunakan untuk perkembangan dakwah Islam. Jiran yang tinggal berdekatan dengan kediaman beliau juga turut kagum apabila Ar Rajhi sentiasa solat berjamaah di masjid dan antara jemaah yang datang awal. 


                                                       #Masjid Ar Rajhi, Riyadh.


   Ar Rajhi juga usahawan yang patut dijadikan teladan, penganalisis masalah yang tidak hanya mengkritik tetapi juga berusaha mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Antaranya beliau telah menyedari pada zamannya dulu idak wujud bank Islam, beliau berusaha gigih untuk menubuhkan bank Islam yang pertama. Selain itu, beliau juga amat menitikberatkan hukum Islam dalam kehidupan seharian, contohnya apabila beliau melihat proses penyembelihan yang tidak sempurnya, beliau menubuhkan Al Watania Poultry bagi menguruskan haiwan sembelihan untuk diproses secara sempurna dari sudut Islami dan kesihatan. Selain itu, Al Watania juga mempunyai cawangan dalam bidang pertanian, Al Watania Agricultural yang berfungsi menguruskan tanaman sayur-sayuran secara organik supaya peguna bebas daripada bahan kimia berbahaya.



No comments:

Post a Comment