Thursday, September 19, 2013

HILANGNYA SEORANG TOKOH





Nama :Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin
Lahir : Pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Pekerjaan : CEO Naza Group
Pasangan Hidup : Puan Sri Zaleha IsmaiBilangan
Cahaya Mata: 11 Orang
Tarikh Meninggal Dunia: 2 Mei 2008 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat

    Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin dilahirkan pada tahun 1955. Beliau sentiasa berminatterhadap kereta dan industri automobil. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah RendahTunku Munawir dari tahun 1961 sehingga tahun 1966. Beliau juga mendapat pendidikan diSekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
    Pada tahun 1974, ketika itu beliau berusia 19 tahun telah menyimpan RM 80,000 dalam akaun bank hasil daripada gaji yang diperolehinya sebagai pembantu bapa beliau yang bekerjasebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan PermitImport (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil keuntungan bernilaisejuta ringgit dalam masa setahun.Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin merupakan salah seorang ahli perniagaan dan usahawanMelayu berjaya di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yangditubuhkan pada tahun 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, perhotelan, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat - alatmesin, pembuatan, agensi insuran dan sebagainya.Pada tahun tersebut, Tan Sri SM Nasaruddin telah menonjolkan perniagaanya apabila beliaumemutuskan untuk mengimport kereta - kereta Jepun dimana pada ketika itu kereta buatan Jepunadalah popular dikalangan rakyat Malaysia.Beliau terpaksa menghadapi beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapatkan keyakinan pelanggan - pelanggan untuk membeli kereta - kereta terpakai apabilaramai diantara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta - kereta asing. Akan tetapi keghairahannya dan kepercayaan dalam perniagaan itu membuatkannya terus berusaha menuju kejayaan.

Melihat Dan Merebut Peluang
Sikap usaha dalam melihat dan merebut peluang yang telah Tan Sri Nasaruddin lakukandapat dilihat apabila beliau membeli 20 AP ( Permit Import ) lalu ke Jepun, dimana beliaumenghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual kesemuanya dalam masa tiga bulan. Beliau memulakan perniagaan automobildalam sebuah kedai di Taman Maluri dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan lagi perniagaan peruncitan beliau dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan. Melalui pengalamannya ini, beliau memperoleh kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud dan berkemampuan didalam memperluaskan pasaran. Kompentensi inimemberikan faktor penting dalam kejayaan dan daya tahan sesuatu perniagaan dan melanjutkanhayat perniagaan yang berpanjangan.

 Yakin Terhadap Keupayaan Diri
   Tan Sri Nasaruddin merupakan seorang yang mempunyai sikap yakin diri yangmerupakan faktor penting dalam diri seseorang usahawan. Hal ini dapat ditonjolkan melaluiminat beliau untuk membeli 40 % kepentingan dan mengambil alih perusahaan keretakebangsaan Malaysia, PROTON yang dilaporkan menghadapi kemelut kewangan. Beliau berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkan Proton jikakerajaan Malaysia membenarkannya membeli kepentingan pengawalan syarikat tersebut. Sikapini dapat dilihat apabila seseorang usahawan itu tidak takut mencuba sebarang risiko yang bakaldihadapi. Dengan banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang - bidang yang dikhususkan merupakan salah satu kaedah mempertingkatkan keyakinan diri.Mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mencapai sesuatu yangdihajati dengan melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikan sesuatuatau menyahut sesuatu cabaran.

Kecekalan
   Sikap kecekalan dan tabah yang terdapat di dalam diri Tan Sri Nasaruddin telahmenjadikan syarikatnya mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri - industriseperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti jentera, perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang telah diwujudkan oleh beliau. Rasa tidak jemu di dalam mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpamengalah dan sikap sentiasa berusaha untuk mengatasi sebarang masalah yang boleh menyekat pencapaian matlamat dapat membuahkan hasil kejayaan Tan Sri Nasaruddin.

Mencari Maklumat Atau Penyelidikan
Bermula dengan hanya menjual kereta import terpakai dari Jepun, beliau kemudian bekerjasama dengan syarikat asing dan akhirnya menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri merupakan salah satu contoh daripada ciri-ciri usahawan yang telah beliaugunakan daripada mencari maklumat atau penyelidikan. Dengan cara tinjauan yang dilakukanini dapat meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yangditerajui. Selain itu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya beliau telah menggunakankajian pasaran dan membuat analisis bagi pasaran.

Ketegasan
   Sikap ketegasan beliau dapat dilihat melalui tindak tanduk beliau didalam menyuarakan pendapat atau idea kepada orang secara langsung dan berani bertindak walaupun terpaksamenghadapi tentangan dari pihak lain. Dimana beliau pernah terlibat dalam kontroversi permitimport pada tahun 2005, apabila bergelar "Raja AP". Terdapat dakwaan bahawa beliau dan tigaorang usahawan terpenting yang lain sedang memonopoli penghasilan permit import yangdikeluarkan kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta. Pihak kerajaandidakwa mengeluarkan berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan kepada beliausecara percuma setiap tahun yang dijual dengan harga AS$8,500 setiap satu. Kontroversi inidihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO. Sifat ketegasan beliau menghadapikontroversi menyuarakan pendapat telah membawa kata sepakat dimana, kabinet Malaysiamenghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru.

Meyakinkan Orang Lain
   Seseorang individu yang bergelar seorang usahawan perlulah berkebolehan meyakinkan orang lain dengan mampu menonjolkan diri untuk memberi keyakinan kepada pelanggan untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang diniagakan. Mampu menonjolkan diri dan lain- lainkualiti pelulah ada dalam diri seorang yang bergelar usahawan dan seseorang itu perlulah berilmu dan berpengalaman. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkanTan Sri Nasaruddin sebagai satu contoh kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dimana beliaumempunyai pendekatan yang luar biasa bagi mengembangkan perniagaan dengan bermuladengan menjual kereta import terpakai dari Jepun, kemudian bekerjasama dengan syarikat asing untuk menghasilkan dan menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri. "Diamembuktikan bahawa DEB mampu menjayakan bumiputra kalau mereka menggunakan peluang itu dengan cara yang baik. Kalau semua yang dapat kemudahan yang sama seperti beliau berbuatdemikian hari ini, kita mungkin mencapai lebih daripada matlamat DEB itu sendiri," kata Dr.Mahathir.

PERKEMBANGAN DAN SUMBANGAN
   Kumpulan Naza kini mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri - industriseperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti jentera, perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang telah diwujudkan oleh beliau. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk kenderaanMazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes - Benz yangterbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas kelab bola sepak Kuala Muda Naza FC yang bertapak di Kuala Muda, Kedah dan turut memiliki TTDI Development yang merupakan salah sebuah syarikat hartanah terpenting di Kuala Lumpur.Tan Sri Nasaruddin dilaporkan berminat untuk membeli 40 % kepentingan dan mengambilalih perusahaan kereta kebangsaan Malaysia, PROTON, yang dilaporkan menghadapi kemelutkewangan. Beliau berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkanProton jika kerajaan Malaysia membenarkannya agar membeli kepentingan pengawalan syarikattersebut. Beliau juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai RM1.2 bilion diBertam, Pulau Pinang. Pada April 2008, beliau memasuki perniagaan makanan denganmelancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di Malaysia

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN

Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Nasaruddin dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuklah anugerah Panglima Setia Mahkota ( P.S.M. ) olehDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri. Nasaruddin. Selain itu, beliau juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden KoreaSelatan, dari Son Sang – Ha, Duta Negara te rsebut yang datang ke Malaysia bagi pihak PresidenKorea Selatan. Anugerah tersebut diberikan kerana sumbangan beliau kepada industri automotif.Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah negara tersebut.

No comments:

Post a Comment