Friday, April 18, 2014

Sulaiman Abdul Aziz Al Rajhi : Usahawan Teladan



  • Latar Belakang




                                                   #Sulaiman Abdul Aziz Ar Rajhi




       Sheikh Sulaiman bin Abdul-Aziz Al-Rajhi dilahirkan pada tahun 1920 dan membesar di gurun Nejd sekaligus menjadi tempat permulaan beliau bersama abangnya memulakan perniagaan pertukaran wang untuk jemaah haji yang menaiki kereta unta melalui gurun ke Mekah dan Madinah. Beliau giat berniaga semenjak kanak-kanak lagi, bekerja sebagai kuli dan penjual kayu bakar seakan-akan membakar semangat beliau untuk mengharungi dugaan yang melanda. Berkat usaha gigih dan tawakal kepada Allah SWT, Sulaiman Ar-Rajhi merupakan individu yang memegang saham terbesar dalam bank Ar-Rajhi yang dikhabarkan menjadi bank yang paling banyak memperoleh keuntungan operasi diantara kumpulan bank yang ada di Saudi Arabia. Bersama abang beliau, Saleh menubuhkan bank Ar-Rajhi. Ar Rajhi telah menerajui kepimpinan bank Ar Rajhi sehingga menjadi syarikat perbankan Islam terbesar di Saudi Arabia dan diperingkat antarabangsa. Sehingga tahun 2011, beliau menduduki carta ke-120 orang terkaya didunia dengan kekayaan $ 7.7 bilion.

      Perniagaan Ar-Rajhi semakin berkembang apabila tanah Arab kedatangan pekerja asing dalam jumlah yang banyak semasa tahun 1970 yang juga dikenali sebagai Saudi Arabia Oil Boom. Ar-Rajhi menyediakan perkhidmatan penghantaran wang kepada pekerja asing daripada Indonesia dan Pakistan. Bank Ar-Rajhi mendapatkan anugerah sebagai bank yang pertama mengharamkan sistem riba. Namun pada tahun 2012, Sulaiman Ar-Rajhi memilih untuk hidup dalam keadaan miskin. Keadaan tersebut bermula apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimilikinya kepada anak-anak beliau dan memindahkan aset-aset yang tersisa. Bagi menghargai jasa beliau dalam dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam. Walaupun begitu, beliau tidak menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliknya. Beliau juga sentiasa berpakaian sederhana dengan mengenakan jubah putih.

  
  • Permulaan yang Penuh Perjuangan

     Segalanya bermula dengan perniagaan pertukaran wanng dan belum terdapat bank Islam sekitar 30 tahun lepas. Peluang tersebut mendorong Ar Rajhi untuk berjumpa terus dengan pengurus Bank of England dan pelbagai bank pusat bagi mengembangkan idea bank Islam. Ar rajhi berusaha meyakinkan mereka tentang pengurusan bank Islam yang halal mengharamkan riba dapat mengukuhkan lagi ekonomi negara. Akhirnya, beliau berjaya membawa idea tersebut kembali ke Arab Saudi dengan sokongan mufti besar, Syeikh Abdul Aziz bin Baz.

                                                          #Syeikh Abdul Aziz bin Baz.

  • Keperibadian Mulia

     

     Ar Rajhi merupakan usahawan yang dermawan dan memiliki yayasan amal yang menyalurkan dana sumbangan ke pelbagai negara. Dikatakan juga terlalu sukar untuk menghitung wakaf dan jumlah masjid yang dibangunkan kerana sumbangan beliau terdapat dalam pelbagai bentuk. Antara masjid yang didirikan oleh beliau adalah masjid di Rabwah yang mampu menampung 18 ribu jemaah sekaligus lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti auditorium, pusat pemandian dan pengurusan jenazah terbesar di Riyadh. Walaupun kekayaan beliau mencecah angka bilion dolar, Ar-Rajhi tidak meletakkan harta yang pertama dalam hatinya,sebagi seorang philanthropy telah membahagikan hartanya yang bernilai 6.7 trilion kepada keluarga kerabat dan ahli warisnya serta fakir miskin. Lebih mengejutkan apabila Ar Rajhi hanya memiliki pakaian yang dipakainya sebagai sisa harta yang tertinggal. Segala aset dan bisnes beliau diuruskan oleh golongan profesional dan hasil yang diperoleh digunakan untuk perkembangan dakwah Islam. Jiran yang tinggal berdekatan dengan kediaman beliau juga turut kagum apabila Ar Rajhi sentiasa solat berjamaah di masjid dan antara jemaah yang datang awal. 


                                                       #Masjid Ar Rajhi, Riyadh.


   Ar Rajhi juga usahawan yang patut dijadikan teladan, penganalisis masalah yang tidak hanya mengkritik tetapi juga berusaha mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut. Antaranya beliau telah menyedari pada zamannya dulu idak wujud bank Islam, beliau berusaha gigih untuk menubuhkan bank Islam yang pertama. Selain itu, beliau juga amat menitikberatkan hukum Islam dalam kehidupan seharian, contohnya apabila beliau melihat proses penyembelihan yang tidak sempurnya, beliau menubuhkan Al Watania Poultry bagi menguruskan haiwan sembelihan untuk diproses secara sempurna dari sudut Islami dan kesihatan. Selain itu, Al Watania juga mempunyai cawangan dalam bidang pertanian, Al Watania Agricultural yang berfungsi menguruskan tanaman sayur-sayuran secara organik supaya peguna bebas daripada bahan kimia berbahaya.



Wednesday, April 16, 2014

Robert Kiyosaki ; Antara Dua Ayah

  • Latar Belakang Keluarga Pendidik

 

Robert Kiyosaki lahir pada 8 April 1947 dan membesar di Hawaii. Beliau berasal daripada keluarga pendidik yang terkenal. Ayah Robert merupakan pengarah pendidikan Negara bagi kawasan Hawaii, Ralph H. Kiyosaki. Setelah tamat sekolah menengah dari Hilo High School, beliau melanjutkan pelajaran di US Marine Academy di New York dan lulus pada tahun 1969. Selanjutnya, Robert bertugas sebagai pilot helikopter tempur semasa perang Vietnam sehingga beliau memperoleh anugerah medal angkatan udara. 

Pada tahun 1974, Robert telah membuat keputusan yang memeranjatkan ayahnya dengan keluar dari angkatan udara, dengan gaji yang begitu lumayan serta cuti tahunan dan bonus melebihi daripada apa yang dijangkakan ayahnya, Ralph Kiyosaki berasa terkilan. Walaubagaimana pun, pilihan yang dibuat oleh Robert merupakan titik permulaan beliau dalam bidang perniagaan.

  • Titik Perubahan

#Robert & Kim Kiyosaki


1974, Robert telah bekerja sebagi jurujual mesin fotostat yang dikelaurakan oleh Xerox Company. Pada tahun 1977, Robert memulakan perniagaan dengan menjual beg dompet yang diperbuat daripada nilon dan velkro yang pertama kali diperkenalkan dalam pasaran. Pada awalnya dompet nilon velkro ini mendapat sambutan amat memberangsangkan sehingga mendapat perhatian disudut majalah Runner’s World, Gentemen Quaterly, Success Magazine, Newsweek dan Playboy. Namun, perniagaan yang ditubuhkan oleh Robert ini telah muflis.

  • Bangun Daripada Kegagalan

Sebelum mecapai kejayaan, Robert dan isterinya Kim hidup dalam keadaan yang sangat miskin. Mereka tidak mempunyai tempat tinggal, wang simpanan yang begitu sedikit, pekerjaan yang dilakukan juga tidak dapat memenuhi keperluan hidup memnyebabkan mereka tinggal didalam sebuah kereta Toyota berwarna coklat yang usang. Walaupun pada masa itu terdapat pekerjaan sebagai pegawai dengan gaji yang lumayan serta lebih terjamin, Robert dan Kim tidak tertarik dengan semua itu melainkan mereka tetap bekerja dengan upah beberapa dolar setiap hari untuk meneruskan kehidupan yang berada diambang kehancuran.
  

Robert dan Kim mempunyai latar pendidikan yang begitu baik daripada perguruan tinggi, dengan keterampilan kerja yang bagus serta etika yang kuat amatlah mudah bagi mereka untuk memperoleh pekerjaan sebagai pegawai kerajaan. 1989 merupakan tahun yang telah membawa mereka bertukar status mejadi juatawan, meskipun dari pandangan kaca mata orang lain mereka telah mencapai kejayaan yang begitu besar, namun mereka masih belum puas atas apa yang mereka telah perolehi, iaitu memperoleh kebabasan secara finansial. Akhirnya masa telah menjawab segala usaha yang telah mereka lakukan selama ini, pada tahun 1997 Robert dan isterinya, Kim telah mencapai kebebasan finansial.



Pada awal tahun 80-an, Robert memulakan perniagaan T-Shirt untuk band Heavy Metal secara berlesen, dan sekitar tahun 1996-1997 beliau menubuhkan Cashflow Technologies Inc dan nama beliau turut memuncak naik dalam dunia perniagaan melalui buku yang Rich Dad Poor Dad.


  • Sudut Pemikiran Melalui Cashflow Quadrant.

          Robert Kiyosaki sering menekankan konsep “celik kewangan” sebagai alat untuk memperoleh kekayaan. Beliau berpendapat bahawa soft skill dapat diperoleh melalui pengalaman dan pengajaran tersebut sememangnya tidak diajarkan semasa bangku sekolah.Cashflow Quadrant bertujuan memberikan gambaran tentang cara bagaimana semua wang dapat diperoleh melalui sumber-sumber yang telah dikenalpasti.  Terdapat empat bahagian padaCashflow Quadrant, iaitu :


  •  E : Employee atau tenaga kerja yang bekerja untuk orang lain.
  • S : Self-employed atau tenaga kerja professional seperti peguam, dokter, arkitek. Dapat disimpulkan bahawa “S” mempunayai kepakaran setara atau lebih tinggi daripada “E”.
  • B : Business Owner merupakan pemilik perniagaan besar atau memimpin sesebuah perniagaan. Melalui “B”, mereka memiliki sistem untuk menghasilkan wang, bukan bekerja untuk memperoleh wang.
  • I : Investor : Melaburkan wang pada sesebuah bidang yang dapat menghasilkan pendapatan yang besar.
  

Melalui Cashflow, terdapat aliran tunai yang dibahagiakan kepada tiga golongan, iaitu miskin, pertengahan, dan kaya.




  1.  Cashflow golongan bawahan (miskin)
 2. Cashflow Golongan Pertengahan

3. Cashflow Golongan Atasan (Kaya)



  • Permainan Cashflow

     

  •  Penulis yang Hebat


          Rich Dad Poor Dad antara buku Best Seller yang ditulis oleh Robert Kiyosaki sehingga telah dicetak lebih daripada 14 kali sejak cetakan pertamanya. Buku yang mengupas masalah kewangan yang dihadapi kebanyakan orang disebabkan mereka keliru tentang pengurusan kewangan yang dialami oleh beliau semasa kecil sehingga remaja. Ayah miskin yang dimaksudkan oleh Robert sebenarnya adalah ayah kandungnya sendiri dan ayah kaya merupakan ayah kepada kawannya, Mike. Ayah kandung Robert menekankan pendidikan kepadanya kerana beliau berpendapat dengan markah dan gred yang baik akan memberikan jaminan pekerjaan apabila Robert telah dewasa kelak.



     Boleh dikatakan, ayah kandung Robert mahukan Robert memperoleh pekerjaan sebagai seorang pegawai dengan gaji yang tinggi namun bergantung seumur hidup kepada satu pendapatan utama sahaja, melalui gaji yang diperoleh. Sungguh berbeza dengan ayah yang kaya tetapi tidak mempunyai latar pendidikan yang tinggi namun mengajarkan anak-anaknya untuk mengambil risiko dalam menubuhkan sesebuah periagaan dan menjadi pelabur apabila mereka telah tamat sekolah kelak. Kedua-dua ayah Robert telah memberikan pengajaran yang penting dalam hidupnya dalam membuat perbandingan dalam menempuh kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan. Robert berjaya secara finansial kerana ayah yang kaya dan kerana ayah kandungnya yang bekerja sebagai pendidik, Robert telah menjadi pengajar kepada semua orang tentang pendidikan ekonomi yang dihasilkan melalui ideanya sendiri. Buku Rich Dad Poor Dad telah diterjemahkan kedalam 35 bahasa.

     

     Selain Rich Dad Poor Dad, terdapat buku Best Seller yang ditulis oleh Robert Kiyosaki sendiri. Antaranya : 



  • Cashflow Quadrant: Rich Dad's Guide to Financial Freedom (2000)

  • Rich Dad's Guide to Investing: What the Rich Invest in, That the Poor and the Middle Class Do Not! (2000)

  • Rich Kid, Smart Kid (2001)

  • Rich Dad's Prophecy (2002)

  • If You Want to be Rich & Happy, Don't go to School (1992)

  • The Business School for People Who Like Helping People (2001).