Nama :Tan Sri SM Nasaruddin
SM Amin
Lahir : Pada tahun 1955 di
Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Pekerjaan : CEO Naza Group
Pasangan Hidup : Puan Sri
Zaleha IsmaiBilangan
Cahaya Mata: 11 Orang
Tarikh Meninggal Dunia: 2
Mei 2008 di Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin dilahirkan pada tahun 1955.
Beliau sentiasa berminatterhadap kereta dan industri automobil. Beliau menerima
pendidikan awal di Sekolah RendahTunku Munawir dari tahun 1961 sehingga tahun
1966. Beliau juga mendapat pendidikan diSekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala
Pilah, Negeri Sembilan.
Pada tahun 1974, ketika itu beliau berusia 19 tahun telah
menyimpan RM 80,000 dalam akaun bank hasil daripada gaji yang diperolehinya
sebagai pembantu bapa beliau yang bekerjasebagai kontraktor. Beliau memulakan
perniagaan automobil dengan satu peruntukan PermitImport (AP) untuk mengimport
kereta buatan asing. Beliau meraih hasil keuntungan bernilaisejuta ringgit
dalam masa setahun.Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin merupakan salah seorang ahli
perniagaan dan usahawanMelayu berjaya di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah
Urusan Kumpulan Naza yangditubuhkan pada tahun 1979. Beliau terlibat dalam
pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, perhotelan,
perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat - alatmesin,
pembuatan, agensi insuran dan sebagainya.Pada tahun tersebut, Tan Sri SM
Nasaruddin telah menonjolkan perniagaanya apabila beliaumemutuskan untuk
mengimport kereta - kereta Jepun dimana pada ketika itu kereta buatan
Jepunadalah popular dikalangan rakyat Malaysia.Beliau terpaksa menghadapi
beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapatkan
keyakinan pelanggan - pelanggan untuk membeli kereta - kereta terpakai
apabilaramai diantara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta - kereta
asing. Akan tetapi keghairahannya dan kepercayaan dalam perniagaan itu
membuatkannya terus berusaha menuju kejayaan.
Melihat Dan Merebut Peluang
Sikap usaha dalam melihat dan merebut peluang yang telah
Tan Sri Nasaruddin lakukandapat dilihat apabila beliau membeli 20 AP ( Permit
Import ) lalu ke Jepun, dimana beliaumenghabiskan tiga bulan dan membawa
kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual kesemuanya
dalam masa tiga bulan. Beliau memulakan perniagaan automobildalam sebuah kedai
di Taman Maluri dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun1979,
beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan lagi
perniagaan peruncitan beliau dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan.
Melalui pengalamannya ini, beliau memperoleh kecekapan mencari dan mengenal
pasti peluang perniagaan yang wujud dan berkemampuan didalam memperluaskan
pasaran. Kompentensi inimemberikan faktor penting dalam kejayaan dan daya tahan
sesuatu perniagaan dan melanjutkanhayat perniagaan yang berpanjangan.
Yakin Terhadap Keupayaan Diri
Tan Sri Nasaruddin merupakan seorang yang mempunyai sikap
yakin diri yangmerupakan faktor penting dalam diri seseorang usahawan. Hal ini
dapat ditonjolkan melaluiminat beliau untuk membeli 40 % kepentingan dan
mengambil alih perusahaan keretakebangsaan Malaysia, PROTON yang dilaporkan
menghadapi kemelut kewangan. Beliau berkata bahawa beliau sudah menggariskan
rancangannya untuk memulihkan Proton jikakerajaan Malaysia membenarkannya
membeli kepentingan pengawalan syarikat tersebut. Sikapini dapat dilihat
apabila seseorang usahawan itu tidak takut mencuba sebarang risiko yang
bakaldihadapi. Dengan banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam
bidang - bidang yang dikhususkan merupakan salah satu kaedah mempertingkatkan
keyakinan diri.Mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri
untuk mencapai sesuatu yangdihajati dengan melahirkan perasaan yakin terhadap
kemampuan dalam menyelesaikan sesuatuatau menyahut sesuatu cabaran.
Kecekalan
Sikap kecekalan dan tabah yang terdapat di dalam diri Tan
Sri Nasaruddin telahmenjadikan syarikatnya mempunyai 14 bahagian perniagaan
yang meliputi industri - industriseperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan,
kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti jentera, perkilangan, automotif,
hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang telah diwujudkan oleh
beliau. Rasa tidak jemu di dalam mencari jalan untuk mencapai matlamat
tanpamengalah dan sikap sentiasa berusaha untuk mengatasi sebarang masalah yang
boleh menyekat pencapaian matlamat dapat membuahkan hasil kejayaan Tan Sri
Nasaruddin.
Mencari Maklumat Atau Penyelidikan
Bermula dengan hanya menjual kereta import terpakai dari
Jepun, beliau kemudian bekerjasama dengan syarikat asing dan akhirnya menjual
kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri merupakan salah satu contoh
daripada ciri-ciri usahawan yang telah beliaugunakan daripada mencari maklumat
atau penyelidikan. Dengan cara tinjauan yang dilakukanini dapat meningkatkan
pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yangditerajui.
Selain itu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya beliau telah
menggunakankajian pasaran dan membuat analisis bagi pasaran.
Ketegasan
Sikap ketegasan beliau dapat dilihat melalui tindak
tanduk beliau didalam menyuarakan pendapat atau idea kepada orang secara
langsung dan berani bertindak walaupun terpaksamenghadapi tentangan dari pihak
lain. Dimana beliau pernah terlibat dalam kontroversi permitimport pada tahun
2005, apabila bergelar "Raja AP". Terdapat dakwaan bahawa beliau dan
tigaorang usahawan terpenting yang lain sedang memonopoli penghasilan permit
import yangdikeluarkan kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport
kereta. Pihak kerajaandidakwa mengeluarkan berpuluh ribu helai kertas dokumen
import kenderaan kepada beliausecara percuma setiap tahun yang dijual dengan
harga AS$8,500 setiap satu. Kontroversi inidihangatkan di Parlimen dan
Perhimpunan Agung UMNO. Sifat ketegasan beliau menghadapikontroversi
menyuarakan pendapat telah membawa kata sepakat dimana, kabinet
Malaysiamenghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar
automobil baru.
Meyakinkan Orang Lain
Seseorang individu yang bergelar seorang usahawan
perlulah berkebolehan meyakinkan orang lain dengan mampu menonjolkan diri untuk
memberi keyakinan kepada pelanggan untuk membeli barangan atau perkhidmatan
yang diniagakan. Mampu menonjolkan diri dan lain- lainkualiti pelulah ada dalam
diri seorang yang bergelar usahawan dan seseorang itu perlulah berilmu dan
berpengalaman. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkanTan
Sri Nasaruddin sebagai satu contoh kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dimana
beliaumempunyai pendekatan yang luar biasa bagi mengembangkan perniagaan dengan
bermuladengan menjual kereta import terpakai dari Jepun, kemudian bekerjasama
dengan syarikat asing untuk menghasilkan dan menjual kereta buatan tempatan di
bawah jenama sendiri. "Diamembuktikan bahawa DEB mampu menjayakan
bumiputra kalau mereka menggunakan peluang itu dengan cara yang baik. Kalau
semua yang dapat kemudahan yang sama seperti beliau berbuatdemikian hari ini,
kita mungkin mencapai lebih daripada matlamat DEB itu sendiri," kata
Dr.Mahathir.
PERKEMBANGAN DAN SUMBANGAN
Kumpulan Naza kini mempunyai 14 bahagian perniagaan yang
meliputi industri - industriseperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan,
kejuruteraan, perhotelan, insuran, alat ganti jentera, perkilangan, automotif,
hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang telah diwujudkan oleh
beliau. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea
Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk
kenderaanMazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti
Mercedes - Benz yangterbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha
seperti Naza-Brabus. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas kelab bola
sepak Kuala Muda Naza FC yang bertapak di Kuala Muda, Kedah dan turut memiliki
TTDI Development yang merupakan salah sebuah syarikat hartanah terpenting di
Kuala Lumpur.Tan Sri Nasaruddin dilaporkan berminat untuk membeli 40 %
kepentingan dan mengambilalih perusahaan kereta kebangsaan Malaysia, PROTON,
yang dilaporkan menghadapi kemelutkewangan. Beliau berkata bahawa beliau sudah
menggariskan rancangannya untuk memulihkanProton jika kerajaan Malaysia
membenarkannya agar membeli kepentingan pengawalan syarikattersebut. Beliau
juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai RM1.2 bilion diBertam,
Pulau Pinang. Pada April 2008, beliau memasuki perniagaan makanan
denganmelancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di Malaysia
ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN
Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau,
Nasaruddin dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuklah anugerah
Panglima Setia Mahkota ( P.S.M. ) olehDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, yang membawa gelaran Tan Sri. Nasaruddin. Selain itu, beliau juga meraih
pingat khidmat industri Anugerah Presiden KoreaSelatan, dari Son Sang – Ha,
Duta Negara te rsebut yang datang ke Malaysia bagi pihak PresidenKorea Selatan.
Anugerah tersebut diberikan kerana sumbangan beliau kepada industri
automotif.Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah negara
tersebut.