TAN SRI SYED MOKHTAR AL
BUKHARY TAN SRI SYED
·
Umur – 53 tahun
·
Pendidikan
– SPM
·
Mula
berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
·
Kekayaan
-RM1,425 juta
·
Ke
7 terkaya di Malaysia
·
Ke
32 terkaya di Asia
Latar
belakang kehidupan
Tan
Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951।
Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap
di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya
ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar
mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya
mendirikan rumah tangga.
Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak
yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan
yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan
Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau
susah hendak menelaah.
Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya।
Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma
sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang
ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang
pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.
Pendidikan
Tan
Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau
berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya,
Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari darjah empat
hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung
halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan
lima di Sekolah Saint Micheal's.
Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi।
Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak
bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh
melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia
perniagaan sejak kecil lagi.
Membantu keluarga
Disebabkan
keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu
ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga।
Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti
canai di pasar yang sama.
Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan
memintanya membuat simpan kira। Selepas waktu sekolah, Tan
Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat
kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba
ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.
Mula berniaga
Pada
tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan
ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut। Wabak itu merebak ke
seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati
begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan
bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang
penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.
Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli
daging yang tidak terjual। Beliau kemudiannya membungkus daging
itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan
restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu.
Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia
perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan
pengangkutan। Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat
permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak
RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori
Mercedes 911LS.
Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit
yang tidak digunakannya। Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan
menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu,
Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan
Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.
Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras।
Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih
daripada 40 buah lori.
Menubuhkan
syarikat
Pada
tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan
Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan
Bandar।
Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen
perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai
Bernas।
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat
kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan
juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama
dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan। Ghiak
Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.
Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus
kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16
peratus।
Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan
operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Perniagaan terus
berkembang
Daripada
beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain,
iaitu gula। Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini
melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah
RM250 juta.
Setahun selepas Bukhary Sdn। Bhd. memulakan operasinya,
beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu
ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak
ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd.
dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli
melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.
Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung
coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan।
Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan
Susu Mas Sdn। Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga
adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus
kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya.
Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.
Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam
Susu Mas Sdn। Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso
Perdagangan Canton, China। Semasa berada di China, Tan Sri Syed
Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari
China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara
besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan
minyak mentah.
Perniagaan
pakaian
Selepas
mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan,
pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan। Ini
ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak
Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera
dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya
mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau
membeli secara terus daripada pengilang.
Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan
menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan
Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian।
Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental
Garment yang berpusat di Seberang Prai.
Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur
pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi
membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian
berjenama Crocodile। Kini, anak syarikat Amtek Holdings
mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan
Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Perniagaan
perkapalan
Tidak
cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan
perkapalan। Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan
mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai
broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed
Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga
USD1 juta.
Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari
Thailand ke Sabah dan Sarawak। Walau bagaimanapun,
perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual
kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta -
USD600,000).
Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor
pembangunan hartanah। Beliau membeli beberapa bidang tanah di
Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary
Development.
Penglibatan
dalam projek penswastaan
Beliau
terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn।
Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui
tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya
pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek
Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan
dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark
dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke
Pelabuhan Tanjung Pelepas।
Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan
Equiventure Sdn। Bhd., iaitu syarikat usaha sama di
antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis,
Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Kepentingan
Beliau membeli
MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada
Permodalan Nasional Berhad (PNB)। Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan
dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus
pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah
pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat
dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International
Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan। Manakala 18।7 peratus pegangan
dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan
elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan
dan pengedaran buku.
Objektif
penubuhan Yayasan al-Bukhary
Yayasan
al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan
membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga
menggalakkan persefahaman antara peradaban। Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah
menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah
bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu
bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana
Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.
Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti
keagamaan, kebudayaan dan pendidikan। Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai
pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim
miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
Projek-projek utama
Yayasan al-Bukhary
Antara
projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary
yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004। Kompleks itu
kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan
seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas
bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di
Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di
rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga
membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada
Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di
serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan
Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains
dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi
menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan
kepercayaan।
Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam
juga terserlah। Walaupun
Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan
Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan
Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi
Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi
menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada
para pelajar yang kurang mampu.
Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan
kekayaan yang bernilai RM1।67
bilion.